jung yong hwa

Isnin, 4 April 2011

BILA CINTA 1

Nurul Widad duduk termenung di tepi balkoni biliknya.Dia rasa sayu apabila membaca komen di Facebook tadi.Nurul Widad tak faham mengapa semua orang bencikan Mohd Nur Khairi.Khairi merupakan artis remaja yang paling terhangat buat masa sekarang.

 "Widad,sudah-sudahlah tu berangan.Esok kan kamu ada kuliah.Cepat tidur,"kata Puan Fateen.Widad terus melompat ke atas katilnya.

   "Nak tidurlah.Nak mimpi Khairi.Mimpi jadi bini dia,"bisik hati Widad.

   "Widad,jangan asyik mimpikan artis tak guna macam Khairi tu.Mak tahulah kamu tu peminat no. 1 dia,"kata puan Fateen lagi.Widad memuncungkan bibirnya apabila emaknya menggelar Khairi artis tak guna.

   'Sampai hati mak kata begitu pada calon suami idaman aku,'bisik hati Widad lagi.

   Nurul Widad kelihatan ceria saja pagi tu.Kawan baiknya,Sharifah Nur Hanisah @ Kak Pah sudah pun menunggu di meja makan.Sharifah mendapat gelaran itu kerana rupanya yang ada iras-iras Sharifah Aini masa muda-muda dulu."Good morning,Widad"tegur Kak Pah.

   Widad cuma tersenyum.Selepas sarapan,Widad dan Kak Pah pun pergi ke kolej.Fail yang berisi gambar Khairi tetap tidak dilupakan.Kak Pah sendiri menggaru kepala melihat Widad yang terlalu meminati Khairi.Widad pasti marah jika dia mendengar sesuatu yang buruk tentang Khairi.

   Alif,kawan sekuliah Widad duduk menyertai mereka.Widad menyembunyikan failnya daripada Alif.Semalam,Alif telah menubuhkan kumpulan anti-Khairi di Facebook.

   "Hai,Widad!Kenapa moody je ni?Period,eh?"tanya Alif.Widad berpura-pura membaca buku.Kak Pah pula sedang berbual dengan Auni.

   "Taklah.Tolong jangan kacau aku,"balas Widad.Dia tak suka duduk di sebelah Alif.Alif hanya tersenyum. 
   

Sabtu, 2 April 2011

jung yong hwa cn blue

Kawaii!!!!Itulah yang mampu saya katakan tatkala melihat wajah Jung Yong Hwa ni.Comel,kan???Sweet and cute.

fantasicintaaisyahadrina: pengenalan diri

fantasicintaaisyahadrina: pengenalan diri: "Yahoo!!!Akhirnya saya dah ada blog.Boleh update bermacam-macam story.Buat masa sekarang,saya nak raikan kejayaan saya membuat blog."

pengenalan diri

Yahoo!!!Akhirnya saya dah ada blog.Boleh update bermacam-macam story.Buat masa sekarang,saya nak raikan kejayaan saya membuat blog.