"Widad,sudah-sudahlah tu berangan.Esok kan kamu ada kuliah.Cepat tidur,"kata Puan Fateen.Widad terus melompat ke atas katilnya.
"Nak tidurlah.Nak mimpi Khairi.Mimpi jadi bini dia,"bisik hati Widad.
"Widad,jangan asyik mimpikan artis tak guna macam Khairi tu.Mak tahulah kamu tu peminat no. 1 dia,"kata puan Fateen lagi.Widad memuncungkan bibirnya apabila emaknya menggelar Khairi artis tak guna.
'Sampai hati mak kata begitu pada calon suami idaman aku,'bisik hati Widad lagi.
Nurul Widad kelihatan ceria saja pagi tu.Kawan baiknya,Sharifah Nur Hanisah @ Kak Pah sudah pun menunggu di meja makan.Sharifah mendapat gelaran itu kerana rupanya yang ada iras-iras Sharifah Aini masa muda-muda dulu."Good morning,Widad"tegur Kak Pah.
Widad cuma tersenyum.Selepas sarapan,Widad dan Kak Pah pun pergi ke kolej.Fail yang berisi gambar Khairi tetap tidak dilupakan.Kak Pah sendiri menggaru kepala melihat Widad yang terlalu meminati Khairi.Widad pasti marah jika dia mendengar sesuatu yang buruk tentang Khairi.
Alif,kawan sekuliah Widad duduk menyertai mereka.Widad menyembunyikan failnya daripada Alif.Semalam,Alif telah menubuhkan kumpulan anti-Khairi di Facebook.
"Hai,Widad!Kenapa moody je ni?Period,eh?"tanya Alif.Widad berpura-pura membaca buku.Kak Pah pula sedang berbual dengan Auni.
"Taklah.Tolong jangan kacau aku,"balas Widad.Dia tak suka duduk di sebelah Alif.Alif hanya tersenyum.
ada gaya nak jd penulis novel ni..
BalasPadamhihi..*_*
Thanks Syahir...impian memang nak jd penulis novel tapi x dpt restu parents...huhuhu
BalasPadam